Tips Penjimatan

Sebagai agen, anda sedia maklum terdapat sesetengah urusan yang akan dikenakan caj dari 0.20sen ke RM1. Bagi agen yang baru menceburi bidang ini akan menganggap ianya sebagai satu masalah yang besar. Harap maklum bahawa caj yang dikenakan bukan dikenakan pihak MyMode tetapi dari pihak ketiga seperti Maybank (semasa anda topup melalui ATM) dan caj dari telco . Disini, MyPoint2U ingin berkongsi beberapa tips penjimatan untuk agen dan berharap agar apa yang dipaparkan akan meningkatkan lagi usaha untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.


Tips No 1

Anda boleh menutup atau off perkhidmatan penyata bonus (setiap pagi khamis) jika anda rasakan ianya tidak perlu atau anda ada access untuk melihat penyata bonus melalui internet. Perkhidmatan penyata bonus tersebut dikenakan caj sebanyak 0.20sen untuk satu mesej dan untuk sebulan bermakna sebanyak 0.80sen. Anda boleh off perkhidmatan tersebut dengan menghantar sms berikut ke gateway:

PIN Anda<>bonus<>off

Contoh: 1234 bonus off



Tips No 2


Untuk setiap prepaid order daripada MyMode, caj akan dikenakan oleh telco anda. Jika contohnya anda adalah pengguna Celcom, anda seharusnya menggunakan gateway Celcom untuk setiap pesanan bagi mendapatkan caj telco yang berpatutan. Jangan gunakan telco yang berbeza kerana caj yang dikenakan adalah berbeza.

Nombor gateway yang boleh digunakan:

0196246649, 0196246652, 0196933199 (untuk agen yang mengguna talian Celcom)

0123033076, 0123051933, 0123868507, 0172152122, 0172152133, 0172152144, 0173660800 (untuk agen yang mengguna talian Maxis)

0162018555, 0162281292 (untuk agen yang mengguna talian DiGi)



Tips No 3

Daftarkan nombor gateway dan nombor pelanggan anda dengan 8pax (untuk agen yang mengguna Celcom)


Untuk aktifkan 8pax: Taip 8pax dan hantarkan ke 28882
Untuk tambah atau padam nombor: Taip help 8pax dan hantar ke 2882

Jika anda daftarkan nombor gateway Celcom dengan 8pax, caj yang dikenakan hanyalah 1 sen sahaja untuk setiap order...murah bukan?



Tips No 4

Bagi agen yang menggunakan Maxis pula, aktifkan Activ10 anda dan daftarkan nombor gateway dan nombor pelanggan anda.

Anda dail *100# dan ikut arahan yang diberikan

Jika anda daftarkan nombor gateway Maxis dengan Activ10, caj yang dikenakan hanyalah 1 sen sahaja untuk setiap order.